KUALA LUMPUR: MARA Corporation Sdn Bhd (MARA Corp) memperkukuh kerjasama strategik kumpulannya dengan organisasi media menerusi penganjuran sulung MARA Corporation Group Inter-Company & Media Bowling Tournament 2026.
Kejohanan itu yang berlangsung di sini menghimpunkan 120 peserta daripada 30 pasukan, bertujuan memupuk semangat kesukanan dan kerjasama dalam kalangan anak syarikatnya, selain menjadi platform mengeratkan hubungan profesional serta persefahaman dengan pengamal media dalam suasana santai.
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MARA Corp, Yahaya Sani, berkata sambutan menggalakkan daripada kedua-dua pihak mencerminkan komitmen serta semangat berpasukan yang perlu terus diterapkan dalam tugasan harian bagi mencapai matlamat bersama.









