MELAKA: DAP sehingga kini mengekalkan status quo kemenangannya pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ke-16 iaitu di Bandar Hilir, Ayer Keroh, Kesidang dan Kota Laksamana.
Berdasarkan keputusan tidak rasmi, DAP mendahului di Bandar Hilir dengan majoriti 7,771, di mana Pakatan Harapan (PH) memperoleh 9,804 undi, berbanding calon Barisan Nasional (BN), 2,033 dan BERSAMA 1,304.
Di Ayer Keroh, PH mendahului dengan 1,368 undi, Perikatan Nasional (PN), (1,021), BERSAMA (278) dan BERSATU (137).
Di Kesidang, PH mendahului dengan 19,512 undi meninggalkan calon PN (10,426) dan BERSAMA (1,925).









