MELAKA: Perikatan Nasional (PN) menyerahkan sepenuhnya kepada kuasa prerogatif dan budi bicara Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh, berhubung cadangan pelantikan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) gabungan itu ke dalam barisan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO).
Naib Presiden PAS, Datuk Idris Ahmad, berkata beliau enggan mengulas lanjut mengenai perkara terbabit kerana ia terletak sepenuhnya di bawah bidang kuasa Ketua Menteri.
"Itu kuasa prerogatif daripada Ketua Menteri, saya tiada komen bab ini. Yang penting kepada kita ialah agenda kita hari ini, agenda langkah pertama ialah kita menang dulu," katanya ketika ditemui selepas pengumuman keputusan tidak rasmi PRN Melaka ke-16 di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), di sini hari ini.









