SUDAH rezeki Datuk Nora Ariffin apabila laluannya untuk bergelar penyanyi sangat mudah. Jika orang lain berhempas pulas masuk pertandingan nyanyian untuk menang dan terpilih merakam lagu, dia pula sebaliknya.

Nora atau Wan Norafiza Wan Ariffin pula ditawarkan merakam album sejak berada di sekolah menengah, namun menolak kerana belum bersedia.

Nora, 53, berkata, minatnya dalam nyanyian bermula sejak kanak-kanak sewaktu berusia tujuh tahun di tadika."Lepas tadika, sekolah rendah dan seterusnya sekolah menengah. Memang apa saja pertandingan di sekolah saya masuk.

"Alhamdulillah... ada rezeki saya menang hadiah. Keluarga saya pun menyokong begitu sahajalah sebab budak-budak lagi.