KUALA LUMPUR: Zetrix AI Berhad berjaya mendapatkan perintah injunksi interim bagi menghalang bank pelaburan Australia, Macquarie Bank Limited, daripada mengambil tindakan undang-undang untuk menggulung syarikat itu berhubung pertikaian pembayaran dividen berjumlah RM2.06 juta.
Hakim Mahkamah Tinggi, Wan Muhammad Amin Wan Yahya hari ini memutuskan demikian selepas membenarkan permohonan Zetrix untuk mendapatkan injunksi secara ex-parte.
Ex-parte adalah prosiding atau permohonan yang dibuat oleh sebelah pihak sahaja tanpa kehadiran satu lagi pihak.
Mahkamah juga menetapkan 1 Disember ini bagi pendengaran hujahan kedua-dua pihak.










