SEGAMAT: Wanita warga asing berusia lewat 20-an ditemukan maut dipercayai terjatuh dari sebuah hotel di daerah ini, awal pagi tadi.
Mangsa disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan Hospital Segamat selepas polis menerima panggilan daripada pihak hospital kira-kira jam 5.20 pagi.
Ketua Polis Daerah Segamat, Superintendan Mohd Jumazanzahir Chek Ismail, berkata siasatan awal di lokasi mendapati wanita dalam keadaan tertiarap dengan kecederaan dipercayai akibat terjatuh dari tempat tinggi.
Katanya, pemeriksaan lanjut di bilik hotel tingkat tiga yang disewa mangsa menemukan ubat penenang serta sebuah kerusi berhampiran tingkap bilik yang terbuka.










