KUALA LUMPUR: Seramai 2,308 mangsa banjir daripada 725 keluarga masih ditempatkan di 20 pusat pemindahan sementara (PPS) di tiga negeri, setakat jam 1 tengah hari ini.

Angka itu berkurangan berbanding 2,389 mangsa daripada 759 keluarga yang ditempatkan di 20 PPS pada jam 7.15 pagi tadi.

Berdasarkan data terkini portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), negeri yang masih terjejas banjir ialah Perak, Selangor dan Sarawak.

Perak kekal menjadi negeri tertinggi yang merekodkan mangsa banjir dengan seramai 1,161 orang daripada 421 keluarga dipindahkan ke 12 PPS di lima daerah.