KUALA LUMPUR – Dapatan daripada operasi bersepadu bagi menangani isu orang papa dan kanak-kanak di ibu negara akan dibentangkan kepada Jemaah Menteri bagi mencari jalan penyelesaian yang lebih menyeluruh, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Hannah Yeoh.
Beliau berkata, Operasi KL Strike Force Bagi Aktiviti Orang Papa dan Kanak-Kanak yang dilaksanakan awal pagi tadi, bertujuan mengenal pasti trend semasa termasuk golongan tegar yang dikesan berulang kali dalam operasi sebelum ini.
“Hasil penemuan ini nanti kita akan bentangkan kepada Jemaah Menteri, Kabinet untuk kita cari penyelesaian. Kita akan ada pasukan untuk kaji data dulu untuk tengok berapa ramai yang telah ditangkap berkali-kali ,” katanya kepada pemberita selepas menyertai operasi berkenaan di sekitar ibu negara.








%2Ffile%2Fpublisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97%2F2026%2F07%2F35f3286df2df73b3a31a61a87ae37dc2.jpg&w=480&output=webp&q=85&we)

