Kesibukan harian mendedahkan tubuh kita kepada pencemaran, radiasi, tekanan kerja dan pemakanan tidak seimbang yang mencetuskan pembentukan radikal bebas.

Ia adalah molekul tidak stabil yang berupaya merosakkan sel, protein dan DNA menerusi proses stres oksidatif.

Jika dibiarkan berterusan tanpa kawalan, kerosakan sel akibat stres oksidatif inilah yang menjadi punca utama tercetusnya pelbagai penyakit kronik seperti risiko penyakit kanser (akibat mutasi DNA), serangan jantung, kencing

manis mahupun Alzheimer (nyanyuk).

Sebenarnya ancaman ini boleh ditangkis oleh tubuh melalui antioksidan yang bertindak sebagai perisai semula jadi untuk meneutralkan radikal bebas sebelum ia merosakkan sel tubuh.