MELAKA - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 14 November depan sebagai hari mengundi bagi Pilihan Raya Negeri Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka ke-16 manakala 31 Oktober sebagai hari penamaan calon.Pengerusi SPR, Datuk Seri Ramlan Harun dalam satu sidang media di sebuah hotel di sini mengumumkan hari mengundi awal bagi PRN Melaka akan diadakan pada 10 November.Tambah beliau, tempoh berkempen bagi PRN Melaka berlangsung selama 14 hari bermula 31 Oktober sehingga 13 November.Beliau turut memaklumkan permohonan undi pos bagi PRN Melaka ke-16 dibuka pada 23 September 2026."Tarikh tutup permohonan undi pos adalah pada 28 Oktober bagi kategori 1A iaitu petugas pilihan raya, ahli dan pegawai SPR, anggota polis, tentera serta petugas media."Bagi kategori 1B (warganegara Malaysia di luar negara) dan kategori 1C (agensi atau organisasi), tarikh tutup permohonan ditetapkan pada 23 Oktober," katanya.PRN Melaka diadakan selepas pembubaran di 23 September lalu diumumkan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh di Seri Negeri.DUN Melaka babit 28 kerusi yang PRN lalu menyaksikan 21 kerusi milik BN, PH menang lima kerusi dan PN dengan dua kerusi.PRN Melaka merupakan PRN ketiga diadakan tahun ini selepas PRN Johor pada 11 Julai disusuli Negeri Sembilan 1 Ogos.Setakat Julai 2026 jumlah pemilih berdaftar di Melaka mencecah 687,697 orang berbanding 495,195 pemilih pada PRN 2021.
PRN Melaka ditetapkan 14 November - SPR

Key takeaways
SPR menetapkan 14 November sebagai hari mengundi PRN Melaka ke-16, dengan penamaan calon pada 31 Oktober.
- Hari mengundi PRN Melaka dijadwalkan 14 November, sementara penamaan calon pada 31 Oktober.
- Tempoh berkempen berlangsung 14 hari, mulai 31 Oktober hingga 13 November.
- Permohonan undi pos untuk PRN Melaka dibuka pada 23 September 2026.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Story details
- Published
- By
- NORAFIZA JAAFAR
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 4 sources, oldest first.
- Berita Harian Mesyuarat SPR esok tentukan tarikh PRN Melaka
- Harian Metro PRN Melaka: SPR adakan mesyuarat esok
- Malaysiakini (BM) PRN Melaka pada 14 Nov, penamaan calon 31 Okt - SPR
- Sinar Harian PRN Melaka ditetapkan 14 November - SPR (this story)
- Harian Metro PRN Melaka ditetapkan 14 November









