KUALA LUMPUR: Jenama kosmetik tempatan, ANAS Cosmetics yang diasaskan usahawan dan pempengaruh, Anas Zahrin, terus mengukuhkan kedudukannya dalam pasaran e-dagang apabila mendahului carta kedai TikTok Shop Malaysia berdasarkan laporan analisis platform EchoTik.

Laporan EchoTik bertarikh 8 Julai lalu menyenaraikan ANAS sebagai kedai paling tinggi dalam kedudukan jualan TikTok Shop Malaysia bagi tempoh 29 Jun hingga 5 Julai 2026, sekali gus memperlihatkan kemampuan jenama kecantikan tempatan bersaing dalam pasaran digital.

Jenama yang diasaskan sejak 2017 itu turut dilaporkan mencatat jualan hampir 12 juta unit produk, namun tempoh pengiraan angka berkenaan tidak diperincikan dalam laporan asal EchoTik yang dirujuk.