KUALA LUMPUR – Enggan membiarkan insiden kemalangan ‘highside’ merentap semangatnya, pelumba Moto3 negara, Hakim Danish Ramli bertekad untuk bangkit bagi menebus kekecewaan pada sesi Kelayakan 1 (Q1) esok demi memburu slot ke Kelayakan 2 (Q2) pada Grand Prix (GP) Indonesia.
Pelumba pasukan AEON Credit-MT Helmets-MSi itu terlepas peluang untuk mara secara automatik ke Q2 selepas menamatkan sesi Latihan di kedudukan ke-18 dengan catatan masa 1 minit 38.350 saat (s) di Litar Antarabangsa Mandalika, hari ini.
Penampilan Hakim Danish untuk memburu slot ke Q2 terganggu akibat ke








