SHAH ALAM - Pihak berkuasa perlu menjalankan siasatan menyeluruh terhadap kontroversi membabitkan Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS), sebelum sebarang kesimpulan dibuat terhadap kepimpinannya.Naib Ketua Pemuda MCA, Tan Yang Pang berkata, penilaian terhadap Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain tidak seharusnya dibuat hanya berdasarkan satu video yang tular di media sosial tanpa mengambil kira fakta serta latar belakang sebenar kejadian."Sekiranya salah laku terbukti, tindakan sewajarnya boleh diambil mengikut prosedur berkaitan, namun jika ia memerlukan penambahbaikan, maka laksanakanlah."Satu insiden kontroversi tidak boleh dibiarkan membayangi sepenuhnya usaha untuk membawa perubahan. Begitu juga mereka yang bertanggungjawab menguatkuasakan disiplin dan meningkatkan standard, tidak seharusnya dihalang daripada bertindak hanya kerana berdepan respons awam," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.Sebelum ini sebuah video tular membabitkan Mohd Shuhaily yang memarahi dua individu dikatakan anggota polis di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), ketika menjalankan pemeriksaan terhadap individu disyaki sindiket 'ulat' warga asing.Dua laporan polis kemudiannya dibuat terhadap Mohd Shuhaily selain AKPS turut membuat laporan berhubung penyebaran rakaman berkenaan susulan kebimbangan ia boleh mencemarkan imej agensi tersebut.Dalam pada itu Yang Pang menegaskan, reformasi dalam institusi awam tidak boleh dicapai hanya melalui slogan kerana ia perlu melibatkan usaha menangani amalan lapuk, budaya dalaman dan pada masa tertentu, tentangan terhadap perubahan.Justeru ujarnya, Pemuda MCA tidak membenarkan bentuk komunikasi tidak wajar dan pemimpin juga mempunyai tanggungjawab untuk melakukan refleksi serta menambah baik pendekatan pengurusan mereka."Mereka yang menerajui usaha reformasi perlu bersedia berdepan penelitian, manakala rakyat juga berhak melihat fakta ditentukan dan proses sewajarnya berjalan hingga selesai," katanya.
Satu video tidak patut kuburkan reformasi AKPS - Pemuda MCA
Story details
- Published
- Updated
- October 2, 2026 at 7:22 AM UTC
- By
- DIANA AZIS
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
2 stories on this topic from 2 sources, oldest first.
- Sinar Harian Satu video tidak patut kuburkan reformasi AKPS - Pemuda MCA (this story)

