GUA MUSANG – Sebanyak 202,829 keping MyKad Generasi Baharu dikeluarkan di seluruh negara sejak diperkenalkan pada 17 September hingga 11 Oktober lalu.

Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Datuk Badrul Hisham Alias berkata, berdasarkan rekod Sistem Bersepadu Identiti Pintar (SIIS), jumlah pengeluaran itu meningkat sebanyak 33,483 keping atau kira-kira 19.8 peratus kepada 169,346 keping setakat 6 Oktober.

“MyKad Generasi Baharu bukan sekadar menampilkan perubahan rupa, malah memperkukuh keselamatan identiti melalui 53 ciri keselamatan berbanding 23 ciri sebelum ini.

“Penambahbaikan itu bertujuan memperkukuh integriti dokumen serta mengurangkan risiko