PETALING JAYA – “Ya Allah, kalau memang jerebu ini sebab dosa kami, maka ampunilah dosa kami. Turunkanlah hujan yang lebat tanpa meninggalkan bencana setelahnya.”

Demikian doa dibacakan oleh imam di Masjid Negara, Kuala Lumpur hari ini selepas menunaikan solat hajat yang dikerjakan selepas solat Jumaat pada petang tadi.

Doa tersebut dikongsikan seorang pengguna Thread Singalorngidul yang juga rakyat Indonesia serta tinggal di negara ini, sekali gus mendapat maklum balas orang ramai termasuk pengguna senegaranya.

Menerusi hantaran lelaki itu, dia turut berasa syukur apabila cuaca hujan selepas jemaah masjid selesai menunaikan solat ha