Kuala Lumpur: Pasir Gudang di Johor merekodkan indeks pencemaran udara (IPU) hampir mencecah 200 setakat jam 7 pagi tadi.

Semakan menerusi laman sesawang Sistem Indeks Pencemaran Udara (APIMS), Jabatan Alam Sekitar (JAS) mendapati sebanyak 24 lokasi di seluruh negara merekodkan IPU pada tahap tidak sihat.

Pasir Gudang merekodkan bacaan IPU tertinggi iaitu 198 diikuti Larkin (179), Pengerang (175), Nilai (174), Kota Tinggi (173), Klang (172), Johan Setia (172), Seremban (170), Bandaraya Melaka (169) dan Batu Pahat (169).

Sementara itu, 43 lagi lokasi di seluruh negara merekodkan bacaan IPU pada tahap sederhana termasuk Tanjung Malim, Kuala Selangor, Seri Manjung, Tasek Ipoh dan Temerloh.