Kuala Lumpur: Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza, 47, menyifatkan kemelut berlaku antara menantunya, Izara Aishah dan penyanyi Indonesia, Lesti Kejora selesai selepas mereka membuat permohonan maaf terbuka.

Siti Nurhaliza menerusi hantaran dimuatnaik di Instagram Story (IGs), menjelaskan permohonan maaf terbuka itu bukanlah kelemahan mana-mana pihak termasuk sudah memaafkan juga tidak bermakna seseorang itu kalah.

"Setiap manusia ada khilaf. Ada waktunya emosi mendahului pertimbangan, dan sebuah hubungan diuji dengan salah faham.

"Namun, apabila dua insan yang berselisih (faham) sudah memilih untuk saling memaafkan, di situlah seharusnya cerita itu berhenti, bukan terus dipanjangkan oleh mereka yang berada di luar," tulisnya.