asyikin.mat@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) meluluskan tuntutan elaun perpindahan penuh bagi menyokong kebajikan selain memudahkan penempatan pegawai perubatan ke Sabah serta Sarawak.

KKM dalam kenyataan malam ini berkata, kelulusan itu antara inisiatif strategik kementerian bagi memastikan cabaran kewangan tidak lagi menjadi bebanan kepada petugas kesihatan yang menerima penempatan rentas wilayah.

"Kerajaan amat prihatin dengan cabaran kewangan yang dihadapi petugas kesihatan.

"Menerusi kelulusan Kementerian Kewangan dan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), isu tuntutan kos perpindahan ini diselesaikan sepenuhnya bermula dengan pegawai lantikan tetap kohort 2025.