GOMBAK - Seorang bayi lelaki ditemukan masih hidup di dalam kotak tyang ditinggalkan di bawah tangga sebuah pangsapuri di Desa Aman Puri di sini pada Khamis.Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Ibrahim Husin berkata, pihaknya menerima laporan berhubung penemuan bayi itu jam 9.14 pagi."Laporan telah dibuat seorang lelaki warga tempatan berusia lingkungan 35 tahun yang menemui bayi berkenaan."Bayi lelaki itu dipercayai ditinggalkan oleh individu tidak bertanggungjawab yang belum dikenal pasti," katanya kepada media pada Jumaat.Ibrahim berkata, bayi berkenaan berada dalam keadaan sihat dan kini sudah ditempatkan di sebuah hospital untuk pemantauan lanjut."Kita telah membuka kertas siasatan berhubung kejadian itu dan kes disiasat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan," katanya.Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta menghubungi mana-mana balai polis berhampiran atau pegawai penyiasat, Inspektor Mohammad Hisham Mohd Rahman @ Amir Hamzah, menerusi talian 010-947 5532 bagi membantu siasatan.
Bayi lelaki ditemukan dalam kotak bawah tangga pangsapuri

Key takeaways
Seorang bayi lelaki ditemukan hidup dalam kotak di bawah tangga pangsapuri di Desa Aman Puri, Gombak, pada Khamis. Bayi itu kini berada dalam keadaan sihat dan ditempatkan di hospital untuk pemantauan lanjut.
- Bayi ditemukan oleh seorang lelaki tempatan berusia sekitar 35 tahun pada jam 9.14 pagi.
- Polis membuka siasatan mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan berhubung penemuan bayi tersebut.
- Orang ramai diminta menghubungi polis jika mempunyai maklumat tentang individu yang meninggalkan bayi itu.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Also reported by Kosmo , Harian Metro
Story details
- Published
- By
- AHMAD ISMADI ISMAIL
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 4 sources, oldest first.
- Harian Metro Bayi ditemui dalam kotak di bawah tangga pangsapuri
- Sinar Harian Bayi lelaki ditemukan dalam kotak bawah tangga pangsapuri (this story)









