KUALA LUMPUR - Kes kematian Allahyarham Noorizwan Zulkefly, 42, yang meninggal dunia semasa dalam tahanan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras di sini telah dirujuk ke Suruhanjaya Bebas Tatakelakuan Polis (IPCC).Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman, Datuk Aida Abdul Hamid berkata, ini selaras dengan kehendak Seksyen 26 Akta Suruhanjaya Bebas Tatakelakuan Polis 2022 (Akta 839).Menurutnya, berdasarkan bedah siasat yang dijalankan terhadap si mati mendapati tiada sebarang kecederaan organ dalaman."Namun, terdapat beberapa kecederaan pada bahagian luaran dan punca kematian telah dinyatakan sebagai pending laboratory analysis (menunggu keputusan analisis makmal)."Kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut di mana Unit Siasatan Jenayah dan Kematian Dalam Tahanan (USJKT) JIPS Bukit Aman meneruskan siasatan dari pelbagai sudut," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.Tambahnya, USJKT telah merakam percakapan 78 orang saksi terdiri daripada pegawai polis, orang awam, pegawai perubatan, pakar perubatan forensik, Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK) termasuk dua waris.Kata beliau, pihak polis memegang teguh pada prinsip ketelusan, kebertanggungjawaban dan keadilan dalam menangani sebarang insiden sedemikian.Pada masa sama, beliau meminta orang ramai memberi ruang untuk siasatan terperinci dijalankan dan memohon tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mengganggu proses siasatan."JIPS memberi jaminan tidak akan berkompromi dengan sebarang salah laku mana-mana pihak dan akan mengambil tindakan selaras dengan peraturan dan undang-undang," ujarnya.Media sebelum ini melaporkan, pihak polis masih menunggu laporan penuh Jabatan Kimia dan keputusan patologi bagi menentukan punca sebenar kematian seorang lelaki ketika dalam tahanan, 1 Oktober lalu.Lelaki itu sebelum ini ditahan IPD Cheras berkait kes yang disiasat di bawah Seksyen 39A (1) Akta Dadah Berbahaya 1952, Seksyen 457 Kanun Keseksaan dan Seksyen 379 Kanun Keseksaan.Pada 30 September lalu, si mati dirujuk ke Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) Cheras untuk rawatan sebelum disahkan meninggal dunia pada jam 1.52 pagi, 1 Oktober.
Kematian dalam tahanan: 78 keterangan saksi direkod, kes dirujuk ke IPCC - JIPS

Key takeaways
Kes kematian Noorizwan Zulkefly dirujuk ke IPCC dengan 78 saksi diambil keterangan.
- Kes kematian Noorizwan Zulkefly dirujuk ke IPCC mengikut Akta 839.
- 78 saksi termasuk pegawai polis dan perubatan diambil keterangan oleh USJKT.
- Pihak polis menegaskan prinsip ketelusan dan keadilan dalam siasatan.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Story details
- Published
- By
- MUHAMMAD AFHAM RAMLI
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 5 sources, oldest first.
- Free Malaysia Today Inkues: Tiada unsur mencurigakan dalam kes kematian Zara, kata saksi
- Sinar Harian Kematian dalam tahanan: 78 keterangan saksi direkod, kes dirujuk ke IPCC - JIPS (this story)





