Kuala Lumpur: Meskipun perbelanjaan bulanan mungkin meningkat namun warga kota masih memilih makan di luar kerana bagi mereka ia menjimatkan masa dan tenaga.

Tinjauan mendapati kesibukan bekerja menjadi antara faktor keluarga membuat keputusan makan di luar selain memilih restoran yang menyediakan hidangan pada harga berpatutan.

Pemandu e-hailing, Fadly Affendy, 48, berkata, makan di luar bersama keluarga menjadi pilihannya bergantung kepada keadaan.

"Kalau isteri penat, kebiasaannya kami akan makan di luar. Kadang-kadang beli lauk di luar dan masak nasi saja di rumah.