PORT DICKSON – Pemandu Toyota Vios yang disyaki terlibat dalam kemalangan meragut nyawa seorang anggota bomba sebelum melarikan diri direman sehingga 30 Oktober ini.

Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintendan Ahmad Afiq Mohd Adnan berkata, dua rakannya yang dipercayai membantu menyembunyikan kereta terbabit turut direman sehingga esok bagi membantu siasatan.

“Perintah reman terhadap ketiga-tiga lelaki berusia antara 31 hingga 32 tahun itu dikeluarkan Mahkamah Majistret Port Dickson, hari ini,” katanya kepada pemberita, di sini, hari ini.