KUALA LUMPUR: Projek pembinaan Sekolah Sukan Malaysia Perlis (SSP) yang terbengkalai selama 12 tahun, akhirnya bakal beroperasi sepenuhnya tahun depan, umum Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Menerusi hantaran di akaun Facebook rasminya hari ini, Perdana Menteri berkata pengoperasian institusi berkenaan menandakan penyelesaian kepada sebuah projek sukan penting yang tertangguh sekian lama demi kemajuan atlet muda negara.
Beliau turut mengucapkan tahniah kepada Menteri Pendidikan, Datuk Seri Fadhlina Sidek dan Kementerian Pendidikan yang berjaya menyelesaikan masalah itu dalam tempoh dua tahun.
"Masih saya ingat tatkala ke Perlis pada April 2025, dan Menteri Besar ketika itu, Mohd Shukri Ramli, membangkitkan mengenai projek terbengkalai Sekolah Sukan Malaysia Perlis dan saya arahkan penyelesaian segera.









