KUALA LUMPUR: Operasi badan risikan luar negara termasuk Israel di negara jiran serta perkampungan Israel di Phuket dan selatan Thailand dilihat oleh badan risikan Malaysia sebagai potensi ancaman kepada negara.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, perkara itu turut diambil kira dalam usaha meningkatkan kesiapsiagaan menghadapi pelbagai bentuk ancaman dalam dan luar negara.
Menurut beliau, mesyuarat khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) semalam meneliti implikasi serangan hibrid, digital dan siber serta perkembangan antarabangsa terhadap negara.
“Mesyuarat itu turut meneliti persoalan sama ada ancaman serangan terhadap beberapa negara khususnya Iran akan melibatkan penggunaan nuklear serta kesan perkembangan politik Eropah terhadap sistem pentadbiran yang boleh memberi kesan kepada Malaysia.









