Kota Kinabalu: Pergerakan Pemuda Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) menyangkal dakwaan bahawa kerajaan pimpinan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) gagal memastikan Projek Lebuhraya Pan Borneo Sabah dilaksanakan mengikut jadual.
Ketuanya, Datuk Azrul Ibrahim, sebaliknya berkata, 16 daripada 19 pakej kerja bagi Fasa 1B dilaporkan mendahului jadual sejak dimulakan pada 2024.
Azrul berkata, ia berikutan komitmen kerajaan GRS memastikan projek dilaksanakan dengan lancar.
Katanya, tidak adil menuduh kerajaan GRS gagal memastikan kelancaran projek berdasarkan kelewatan projek Fasa 1A membabitkan 16 pakej, dengan hanya empat pakej dilapor siap sepenuhnya sejak dimulakan kira-kira 10 tahun lalu.










