MELAKA - Keputusan tidak rasmi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka setakat jam 8 malam menunjukkan calon Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ab Rauf Yusoh memperoleh majoriti 7,780 undi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjung Bidara.Ab Rauf yang juga Pengerusi BN Melaka memperoleh 8,704 undi, manakala pencabarnya, Mohd Yunazri Mustamiri daripada Pakatan Harapan (PH) mendapat 924 undi.Pada PRN Melaka 2021, Ab Rauf memenangi kerusi berkenaan dengan majoriti tipis 364 undi.Bagaimanapun, keputusan tidak rasmi setakat jam 8 malam menunjukkan majoriti diperolehnya meningkat kepada 7,780 undi.
[TIDAK RASMI] PRN Melaka: Ab Rauf raih majoriti 7,780 undi di Tanjung Bidara

Key takeaways
Ab Rauf Yusoh memperoleh majoriti 7,780 undi di DUN Tanjung Bidara dalam PRN Melaka.
- Ab Rauf dari BN mendapat 8,704 undi, manakala lawannya dari PH mendapat 924 undi.
- Majoriti Ab Rauf meningkat daripada 364 undi pada PRN 2021 kepada 7,780 undi.
- Keputusan tidak rasmi pada jam 8 malam menunjukkan kemenangan Ab Rauf.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Story details
- Published
- By
- NORAFIZA JAAFAR
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 3 sources, oldest first.
- Sinar Harian [TIDAK RASMI] PRN Melaka: Ab Rauf raih majoriti 7,780 undi di Tanjung Bidara (this story)









