PHUKET: Seramai 11 orang maut manakala 16 lagi cedera selepas kebakaran memusnahkan sebuah bangunan rumah kedai komersial di pulau peranginan Phuket, selatan Thailand, awal pagi Isnin.

Polis memaklumkan kepada Reuters, kebakaran bermula di sebuah bangunan yang menempatkan perniagaan penyewaan kenderaan sebelum merebak ke beberapa bangunan berhampiran.

Kebakaran dilaporkan berlaku kira-kira pukul 3.17 pagi dan anggota bomba mengambil masa kira-kira dua jam untuk mengawal api, menurut pihak berkuasa Thailand.

Daripada jumlah mangsa yang cedera, 15 adalah warga Thailand manakala seorang lagi warga Myanmar.