36 pacer rasmi bakal memakai pakaian larian berjenama CheckPointSpot pada Royal Klang Marathon 2026, mencerminkan komitmen syarikat dalam menyokong pelari sepanjang acara berlangsung
KELANA JAYA: CheckPointSpot terus mengukuhkan kedudukannya dalam komuniti larian di Malaysia selepas dilantik sebagai Rakan Teknologi Perlumbaan Rasmi bagi Royal Klang Marathon menerusi kerjasama jangka panjang dengan penganjur acara, Monzo Events PLT, sehingga tahun 2028.
Kerjasama tersebut dimeterai menerusi majlis menandatangani perjanjian yang berlangsung di Ibu Pejabat Global CheckPointSpot di Kelana Jaya, Selangor. Majlis berkenaan turut menyaksikan pelancaran pakaian larian rasmi pacer Royal Klang Marathon 2026 yang menampilkan logo CheckPointSpot.









