SEPANG – Ahli Jawatan Kuasa (AJK) UMNO Bahagian Pandan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini pada Selasa, atas satu pertuduhan membuat dan memulakan penghantaran komunikasi jelik terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, tahun lalu.Syed Rosli Syed Harman, 50, yang juga Ketua UMNO Cawangan Pandan Tengah, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim, Raja Shahril Anuar Raja Baniamin.Mengikut pertuduhan, lelaki itu selaku orang kena saman (OKS) didakwa menggunakan akaun aplikasi TikTok atas nama 'syedroslijamalullail' secara sedar, membuat dan memulakan penghantaran komunikasi bersifat jelik melampau terhadap Anwar, dengan niat menyakitkan hati mana-mana orang.Kesalahan itu didakwa dilakukan pada jam 10.50 pagi 18 Mac 2025 dan hantaran berkenaan dilihat pada hari sama jam 8.30 malam di Menara Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC), Cyberjaya.Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 233(2) akta sama.Jika sabit kesalahan, dia boleh dikenakan hukuman denda maksimum RM500,000 atau penjara sehingga dua tahun atau kedua-duanya, serta denda selanjutnya RM5,000 bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan selepas sabitan.Ketika prosiding, Pegawai Pendakwa MCMC, Nazrul Nizam Mohd Zameri mencadangkan OKS diberi ikat jamin sebanyak RM10,000 dengan seorang penjamin.Bagaimanapun, peguam, Muhammad Uzair Rifqi Abdul Rahim yang mewakili OKS, merayu jaminan ditetapkan sebanyak RM3,000 sahaja.Beliau berkata, anak guamnya bekerja sebagai pemandu e-hailing dan menjalankan perniagaan kecil-kecilan dengan pendapatan bulanan yang tidak tetap.Katanya, Syed Rosli perlu menanggung isteri dan dua anak berusia 20 serta tujuh tahun selain bertanggungjawab menjaga bapa mentuanya yang sakit."Anak guam juga mempunyai masalah kesihatan iaitu darah tinggi dan diabetes yang memerlukan pemantauan serta pengambilan ubat secara berterusan."Dia tiada rekod jenayah lampau dan sentiasa memberikan kerjasama sepanjang siasatan dijalankan MCMC," katanya menambah pembelaan akan membuat representasi berhubung pertuduhan yang dihadapi OKS.Selepas mendengar permohonan daripada kedua-dua pihak, Raja Shahril Anuar membenarkan jaminan RM6,000 dengan seorang penjamin tempatan.Mahkamah kemudian menetapkan 6 Januari 2027 untuk sebutan semula bagi membolehkan pihak pembelaan mengemukakan representasi.
AJK UMNO Pandan didakwa buat hantaran jelik terhadap Anwar

Key takeaways
Ahli Jawatankuasa UMNO Pandan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Sepang atas pertuduhan membuat hantaran jelik terhadap Perdana Menteri Anwar Ibrahim melalui TikTok pada 18 Mac 2025.
- Tertuduh Syed Rosli Syed Harman, 50, didakwa mengikut Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
- Hukuman maksimum jika sabit kesalahan ialah denda RM500,000 atau penjara sehingga dua tahun.
- Pegawai pendakwa mencadangkan ikat jamin RM10,000, manakala peguam tertuduh merayu RM3,000.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Also reported by Harian Metro
Story details
- Published
- By
- NOOR AZLIDA ALIMIN
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 5 sources, oldest first.
- Malaysiakini (BM) Lelaki buat hantaran jelik terhadap PM dipenjara 3 bulan
- Free Malaysia Today Lelaki buat hantaran jelik terhadap PM dipenjara 3 bulan
- Malaysiakini (BM) Penjara baru najib: Apa untung, rugi buat Umno?
- Sinar Harian AJK UMNO Pandan didakwa buat hantaran jelik terhadap Anwar (this story)








