Kuala Lumpur: Pelakon dan penyanyi, Jasper Supayah menyifatkan urusan jodoh dan memiliki pasangan hidup bukan perkara perlu dikejar oleh wanita hanya disebabkan faktor usia semakin meningkat.
Menurut Jasper atau nama sebenar, Jasper James Supayah, 33, baginya alam perkahwinan adalah satu tanggungjawab besar dan bukan hanya mencari seseorang sebagai peneman hidup sahaja.
"Saya rasa soal ini (jodoh) bukan sesuatu yang kita kena kejar semata-mata sebab umur dan sebagainya. Sebab saya percaya perkahwinan adalah satu tanggungjawab yang sangat-sangat besar.
"Bukan sekadar mencari seseorang untuk peneman kita, tetapi cari seorang yang boleh membina kehidupan bersama. Jadi, saya tak nak terburu-buru, tak nak 'rushing', biarlah 'take time' dan saya masih lagi 'mencari'.










