SELEPAS membina nama yang kukuh di negara ini, pelakon dan penyanyi kelahiran Singapura, Hannah Delisha memasang impian untuk mengembangkan sayap ke Indonesia sekali gus membuka lembaran baharu dalam karier seninya.
Hannah atau nama sebenar, Hannah Adlina Blackburne Birch, 30, berkata dia juga akan mempertimbangkan tawaran ke negara seberang itu andai diberi watak yang menarik dan bersesuaian dengan dirinya.
"Kalau diberikan peluang untuk berlakon di sana (Indonesia) kenapa saya harus menolaknya? Satu perkara mengenai diri saya ialah suka mencabar diri dan mencuba perkara baharu.
"Jika tawaran berlakon itu datang pada masa yang tepat dan watak ditawarkan menarik dan sesuai, pasti saya akan pertimbangkannya," katanya.









