PENYERTAANNYA dalam program Talk To My Manager (TTMM) pada 2025 berjaya memperkenalkan nama Hadie Elfardie kepada peminat industri hiburan tanah air.

Bagaimanapun, tidak ramai mengetahui Hadie Elfardie, 19, muncul lebih awal dalam bidang nyanyian bersama bapanya, Allahyarham Suhaimi Saad menerusi album nasyid yang turut menampilkan adik-beradiknya dikenali sebagai Bismillah pada 2021.

Pemergian bapanya pada 2023 meninggalkan kesan besar buat Hadie atau nama sebenar Ehmad Hadie Elfardie, 19, dan kini bersama adiknya, Sallman ElKhoyri tampil dengan single berjudul Doa Buat Ayah.

Hadie berkata, lagu yang asalnya berjudul Doa Buat Ibu ini diberi nafas baru dan ditukar tajuknya sebagai mengenang jasa bapanya terhadap mereka.