Putrajaya: Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menahan 174 warga asing dan enam majikan tempatan dalam operasi penguatkuasaan di sekitar Seri Kembangan serta Bandar Baru Klang, Selangor semalam.
Ketua Pengarah Imigresen Datuk Zakaria Shaaban berkata, sebanyak 307 individu diperiksa, melibatkan 121 warga tempatan dan 186 warga asing.
"Hasil pemeriksaan, 174 warga asing yang terdiri daripada 99 warga Myanmar, 29 warga Indonesia, 11 warga Thailand, 10 warga Vietnam, masing-masing tujuh warga China dan India, lima warga Bangladesh, dua warga Laos dan Nepal serta masing-masing seorang warga Kemboja dan Nigeria telah ditahan atas pelbagai kesalahan.
"Antara kesalahan yang dikenal pasti termasuk salah guna pas, tinggal lebih masa serta tidak mempunyai dokumen perjalanan yang sah," katanya dalam kenyataan hari ini.










