COLOMBO: Sri Lanka mengalami gangguan bekalan elektrik di seluruh negara hari ini selepas grid kebangsaan terputus, dipercayai akibat penjanaan kuasa solar melebihi permintaan.
Gangguan itu menyebabkan bekalan elektrik terputus lebih dua jam, namun pihak berkuasa belum dapat memastikan tempoh diperlukan untuk memulihkannya sepenuhnya.
Syarikat elektrik milik kerajaan, Electricity Distribution Lanka (EDL), berkata jurutera sedang berusaha membaiki kerosakan yang menjejaskan keseluruhan grid, dengan lebihan penjanaan tenaga solar dipercayai menjadi punca kejadian.
Menteri Tenaga, Anura Karunathilaka, berkata bekalan elektrik dijangka dipulihkan secara berperingkat.









