Bayangkan seorang juruteknik berusia 60 tahun memiliki pengalaman 35 tahun dalam industri pembuatan. Dia mampu mengenal pasti kerosakan mesin melalui bunyi, memahami kelemahan operasi dan membimbing pekerja muda menyelesaikan masalah teknikal. Namun, apabila tiba usia persaraan, pengalaman itu seolah-olah hilang nilainya.
Adakah negara benar-benar mampu membiarkan kemahiran seperti ini terhenti begitu sahaja?
Dalam usaha memperkukuh Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET), perhatian sering diberikan kepada belia, lepasan sekolah dan keperluan industri baharu.
Usaha itu penting, tetapi Malaysia juga perlu memikirkan golongan berusia 50 tahun ke atas yang masih sihat, berkebolehan dan ingin terus menyumbang kepada ekonomi.








