PHNOM PENH – Kira-kira 200 penumpang yang membayar untuk tinggal di atas sebuah kapal persiaran sambil mengelilingi dunia, secara mengejut ditinggalkan di sebuah pelabuhan di Kemboja selepas syarikat pengurusan kehabisan wang, kata seorang pegawai semalam.

Pengendali kapal persiaran berpangkalan di Amerika Syarikat, Villa Vie Residences mengumumkan kelmarin bahawa pihaknya ‘menggantung operasi di Kemboja’ sementara berusaha menangani ‘peningkatan luar biasa’ kos bahan api berikutan perang Iran.

Kapal Odyssey sepanjang 200 meter itu belayar dari Ireland Utara pada Oktober 2024 untuk pelayaran berterusan di mana penumpang boleh membeli atau menyewa bilik untuk percutian atau seumur hidup.

Sesetengah penumpang menjual semua harta benda mereka kerana ingin bersara sambil belayar.