SUBANG JAYA: Pengarah Strategi PKR, Sim Tze Tzin, mendakwa MCA tidak diberikan penghormatan sewajarnya sebagai parti komponen Barisan Nasional (BN) susulan pertikaian berhubung pengumuman calon bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

Beliau yang juga Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri berkata, tindakan membuat keputusan secara unilateral tanpa membawa semua parti komponen berbincang bertentangan dengan semangat permuafakatan dalam sesebuah gabungan politik.

Amalan sedemikian tidak mencerminkan demokrasi yang sihat kerana setiap parti komponen sepatutnya diberi ruang untuk berbincang dan mencapai persetujuan bersama sebelum sesuatu keputusan dibuat.

"Saya nampak bahawa baru-baru ini BN telah melakukan satu tindakan unilateral terhadap MCA, di mana rakan gabungan tidak dibawa berbincang dan keputusan dibuat secara unilateral.