SUNGAI PETANI: Seorang lelaki memandu kereta persendirian dengan pelekat 'Bomba Rescue' dan memasang lampu mata arah (strobe light) secara haram direman sehari bagi membantu siasatan kes menyamar sebagai penjawat awam.
Perintah reman dikeluarkan Majistret Noor Farah Hazwani Osman di hospital pagi ini selepas suspek berusia 35 tahun itu tidak dapat dibawa ke mahkamah susulan hilang kawalan emosi ketika dalam tahanan polis malam tadi, selain perlu menjalani rawatan psikiatri.
Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Hanyan Ramlan, berkata suspek mempunyai rekod rawatan psikiatri sejak 2017 dan dipercayai mengalami semula masalah kesihatan mental berikutan tidak mendapatkan rawatan susulan dalam tempoh lama.









%2Ffile%2Fpublisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97%2F2025%2F10%2Fab48266fe21b31c15dd064ee1697c636.jpg&w=480&output=webp&q=85&we)
