Kuala Lumpur: Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, mencabar pendahulunya, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong untuk berdebat mengenai rekod pencapaian masing-masing sepanjang memegang portfolio berkenaan.

Loke yang juga Setiausaha Agung DAP menyatakan cabaran itu susulan cadangan Presiden MCA terbabit supaya calon DAP di DUN Bandar Hilir, Leng Chau Yen, berdebat dengan pencabarnya daripada MCA, Jasmine Lok.

"Jika anda mahu mencabar calon kami berdebat, cabarlah di setiap kawasan. Mengapa hanya cabar di Bandar Hilir?

"Jika anda mahukan debat, saya juga boleh berdebat dengan anda.