Key takeaways
Jabatan Peguam Negara (AGC) menafikan dakwaan kelewatan dalam meneliti kertas siasatan kes Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Ismail Lasim. Peguam Negara menjelaskan bahawa kertas siasatan baharu dirujuk semula kepada AGC pada 30 Oktober selepas diklasifikasikan semula oleh polis.
- Kertas Enkuiri Polis (KEP) asal dirujuk kepada AGC pada 29 September dan diminit keluar pada 7 Oktober.
- PDRM mengklasifikasikan semula kertas siasatan mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan sebelum merujuknya semula pada 30 Oktober.
- Ahli Parlimen Rasah, Cha Kee Chin, mempersoalkan kelewatan AGC dalam memberikan keputusan berhubung kes tersebut.
Summarised automatically by AI from the original article by Harian Metro. AI can make mistakes, so check the original for details.
Kuala Lumpur: Jabatan Peguam Negara (AGC) menegaskan tiada kelewatan dalam mengkaji dan meneliti Kertas Enkuiri Polis (KEP) atau kertas siasatan membabitkan laporan berkaitan Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Ismail Lasim.
Peguam Negara, Tan Sri Mohd Dusuki Mokhtar berkata, KEP membabitkan siasatan terhadap Menteri Besar Negeri Sembilan sudah dirujuk kepada jabatan itu pada 29 September lalu.
Beliau berkata, KEP berkenaan sudah diminit keluar kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada 7 Oktober lalu.
"Kemudian, KEP berkenaan diklasifikasikan semula kepada kertas siasatan oleh PDRM bagi membolehkan siasatan dibuat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan.