Key takeaways
Seramai 34 individu daripada empat kumpulan terlibat dalam kejadian kepala air di Sungai Pertak, Hulu Selangor, semalam. Sebanyak 19 mangsa berjaya diselamatkan, manakala lapan dihanyutkan arus dan tiga lagi masih dalam proses pencarian.
- Operasi mencari dan menyelamat masih diteruskan bagi mengesan tiga mangsa yang belum ditemukan.
- Kumpulan pertama melibatkan lima individu termasuk seorang warga Yaman yang dihanyutkan arus.
- Kumpulan kedua membabitkan 14 individu dengan tujuh mangsa dilaporkan dihanyutkan arus deras.
Summarised automatically by AI from the original article by Utusan Malaysia. AI can make mistakes, so check the original for details.
HULU SELANGOR: Seramai 34 individu daripada empat kumpulan terlibat dalam kejadian kepala air di Sungai Pertak di sini, semalam.
Daripada jumlah itu, 19 mangsa berjaya diselamatkan, manakala lapan lagi dihanyutkan arus deras.
Operasi mencari dan menyelamat (SAR) masih diteruskan bagi mengesan tiga lagi mangsa yang belum ditemukan.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Datuk Wan Md Razali Wan Ismail berkata, berdasarkan maklumat awal, kumpulan pertama terdiri daripada lima individu termasuk seorang warga Yaman, Al Maamari Ahmed Hadi Ali, 20, yang dihanyutkan arus, manakala empat lagi berjaya menyelamatkan diri.