Kuala Lumpur: Kerajaan membelanjakan RM70 juta bagi penganjuran Formula Satu (F1) Grand Prix Gulf Air Bahrain 2026 di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) bulan lalu.
Menteri Belia dan Sukan Dr Mohammed Taufiq Johari berkata, perbelanjaan itu termasuk penyelenggaraan litar dan kos operasi SIC, manakala kos lain ditanggung Bahrain.
Beliau berkata, anggaran kos penganjuran F1 itu di Malaysia adalah sebanyak RM350 juta termasuk yuran hak penganjuran dan persediaan SIC.
"Berdasarkan maklumat daripada Formula One Management (FOM), penganjuran F1 berjaya menjana impak ekonomi hampir RM950 juta kepada negara.









