KUALA LUMPUR: Berbaki kurang tiga jam lagi sebelum proses pengundian berakhir, Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki memaklumkan pihaknya sedang memantau operasi bilik gerakan bagi menyelaras jentera parti di semua 28 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka.

Asyraf Wajdi berkata, tumpuan utama ketika ini untuk memastikan kelancaran usaha membawa keluar pengundi Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) ke pusat pengundian di seluruh negeri.

"Berbaki kurang 3 jam, memantau operasi 'war room' bagi mengerahkan jentera-jentera di semua 28 DUN Melaka, mengeluarkan pengundi-pengundi BN dan PN.

"Alhamdulillah, nampak sambutannya positif. Moga Allah berikan kemenangan," katanya menerusi hantaran di Facebook, hari ini.