COTABATO CITY (Filipina) - Ejen antidadah Filipina dengan bantuan polis dan anggota Marin Filipina menggagalkan cubaan seorang rakyat Malaysia bersama rakan subahatnya warga Filipina untuk menjual dadah jenis syabu bernilai PHP13.4 juta (AS$209,600) dalam operasi penyamaran pembelian dadah di Tawi-Tawi pada hujung minggu, menurut seorang pegawai pada Isnin.Agensi Berita Filipina (PNA) melaporkan bahawa kedua-dua suspek maut selepas melepaskan tembakan ke arah anggota penguat kuasa dalam operasi kira-kira jam 4.50 petang Ahad (15 Nov) di Barangay Tubig Mampallam, Bongao, Tawi-Tawi, apabila menyedari mereka berurusan dengan ejen antidadah.Pegawai Agensi Penguatkuasaan Dadah Filipina (PDEA) wilayah Tawi-Tawi, Abraham Solon Kalim, mengenal pasti suspek yang maut sebagai Janimal Hajad, yang juga dikenali sebagai "Ungod", seorang rakyat Malaysia, dan Sansibar Amirul Amil, warga Filipina."Dua wanita yang belum dikenal pasti identiti mereka turut cedera akibat terkena tembakan sesat dan dikejarkan ke hospital untuk rawatan," katanya dalam laporan kepada pejabat wilayah PDEA bagi Wilayah Autonomi Bangsamoro di Mindanao Muslim (BARMM) di sini.Kalim berkata, pasukan keselamatan kerajaan dengan bantuan anggota Marin Filipina dan polis merampas kira-kira dua kilogram bahan disyaki syabu yang dibungkus dalam dua paket teh Cina, dengan anggaran nilai standard PHP13.4 juta (AS$209,600).Pihak berkuasa turut menemukan sepucuk pistol dan sebuah bot kayu bermotor yang dipercayai hendak digunakan suspek untuk melarikan diri.Menurut PDEA, kejadian berbalas tembakan tercetus selepas suspek menyedari kehadiran anggota penguat kuasa dan cuba melarikan diri menaiki bot sambil melepaskan tembakan ke arah anggota PDEA.Tiada anggota pasukan keselamatan kerajaan yang cedera.- Bernama
Rakyat Malaysia, rakan subahat maut operasi antidadah di Tawi-Tawi, syabu AS$209,600 dirampas

Key takeaways
Ejen antidadah Filipina menggagalkan operasi jualan syabu bernilai AS$209,600 di Tawi-Tawi, dengan dua suspek maut dan dua wanita cedera.
- Dua suspek maut selepas melepaskan tembakan ke anggota penguat kuasa dalam operasi antidadah.
- Dua kilogram syabu dirampas dan ditemui sepucuk pistol serta bot kayu bermotor.
- Operasi dilakukan dengan bantuan polis dan anggota Marin Filipina di Tawi-Tawi.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Also reported by Berita Harian , Harian Metro
Story details
- Published
- Updated
- November 16, 2026 at 7:38 PM GMT+8
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 5 sources, oldest first.
- Utusan Malaysia Penghuni pusat jagaan maut dipercayai dibunuh rakan
- Sinar Harian Rakyat Malaysia, rakan subahat maut operasi antidadah di Tawi-Tawi, syabu AS$209,600 dirampas (this story)








