Singapura: Bunyi hentakan kasut pelari bergema di sebuah pusat beli-belah di Singapura apabila peminat kecergasan yang terdesak untuk bersenam mencari perlindungan daripada jerebu tebal.
Asap kebakaran hutan di negara jiran, Indonesia, menyebabkan kualiti udara di negara kota itu merosot ke paras terburuk dalam tempoh lebih sedekad sejak beberapa minggu lalu, sekali gus memaksa aktiviti luar dibatalkan.
Mereka yang ingin bersenam, termasuk pelari yang membuat persiapan untuk menyertai acara antarabangsa, kini menemui alternatif luar biasa iaitu berlari di pusat beli-belah berhawa dingin.
Pada Sabtu lalu, lebih 80 pelari menjadikan koridor pusat beli-belah Marina Square sebagai trek larian sementara dengan berlari mengelilingi dua tingkat bangunan itu sebelum kedai dibuka.









