SHAH ALAM - Perikatan Nasional (PN) hanya bertanding di lima daripada tujuh kerusi diperuntukkan sebagai penawar damai kepada Barisan Nasional (BN) khususnya MCA bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ke-16.Ketua Penerangan PN, Tan Sri Annuar Musa berkata, keputusan itu dibuat bagi memberi ruang kepada BN khususnya MCA untuk bertanding di kerusi tambahan."Ada yang tanya kenapa PN diberi tujuh, ambil lima? Jawabnya biar dua kerusi jadi penawar damai buat MCA dan BN," katanya.Sebelum ini, MCA mengumumkan penambahan satu lagi kerusi untuk ditandingi pada PRN Melaka, menjadikan keseluruhan empat kerusi diperuntukkan kepada parti itu.Kerusi tambahan berkenaan ialah Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Laksamana yang akan ditandingi Melvin Chua Kew Wei.Pada Khamis, MCA turut mengumumkan pertambahan satu kerusi melibatkan DUN Bandar Hilir yang akan ditandingi ahli Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah, Jasmine Lok Huey Yee.Berikutan itu, keseluruhan kerusi yang ditandingi BN meningkat kepada 23 berbanding 21 yang diumumkan sebelum ini.Sementara itu, PN mengumumkan lima calon untuk bertanding pada PRN Melaka, dengan masing-masing dua calon daripada Pas dan Parti Wawasan Negara (Wawasan), manakala satu lagi daripada Gerakan.
PN beri dua kerusi kepada BN sebagai penawar damai - Annuar Musa

Key takeaways
Perikatan Nasional (PN) hanya bertanding di lima daripada tujuh kerusi yang diperuntukkan untuk memberi ruang kepada Barisan Nasional (BN) dan MCA pada Pilihan Raya Negeri Melaka ke-16.
- Annuar Musa menyatakan dua kerusi ditinggalkan PN sebagai penawar damai untuk BN dan MCA.
- MCA menambah dua kerusi baharu iaitu DUN Kota Laksamana dan DUN Bandar Hilir.
- Jumlah kerusi yang ditandingi BN meningkat kepada 23 berbanding 21 sebelum ini.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Story details
- Published
- By
- NORAFIDAH ASSAN
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 4 sources, oldest first.
- Free Malaysia Today PRN Melaka: BN kekal pendirian beri 7 kerusi pada PN
- Free Malaysia Today BN-PN serah kerusi kepada MCA kerana faktor boleh menang
- Sinar Harian PN beri dua kerusi kepada BN sebagai penawar damai - Annuar Musa (this story)








