KULAI – Tindakan mencampurkan daging babi dan ayam sejuk beku dalam sebuah premis terbongkar selepas diserbu Briged Tengah, Pasukan Gerakan Am (PGA) di Kawasan Perindustrian Sri Kulai di sini, pada Selasa.Serbuan kira-kira jam 7 pagi menerusi Ops Salju Mega itu membawa kepada rampasan 49,048 kilogram (kg) daging babi dan ayam sejuk beku yang dianggarkan bernilai RM2.5juta.Komander Briged Tengah PGA, Senior Asisten Komisioner Awang Arfian Awang Bujang berkata, siasatan mendapati premis berkenaan yang sudah beroperasi sejak dua tahun lalu itu tidak mempunyai sebarang lesen perniagaan bagi menyimpan dan memproses makanan sejuk beku berkenaan.Menurutnya, kegiatan itu terbongkar selepas pihaknya menerima aduan orang awam yang mengesyaki aktiviti mencurigakan di premis berkenaan."Hasil pemeriksaan mendapati premis berkenaan menyimpan dan memproses makanan sejuk beku, selain keadaan kebersihannya tidak memenuhi piawaian ditetapkan."Rampasan membabitkan 42,520kg daging babi sejuk beku dan 6,528kg daging ayam sejuk beku," katanya dalam sidang akhbar di premis berkenaan pada Rabu.Hadir sama Ketua Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Kontinjen Johor, Senior Komisioner Zailani Abdullah serta Ketua Polis Daerah Kulai, Asisten Komisioner Tan Seng Lee.Operasi itu turut disertai Majlis Perbandaran Kulai (MPKu), Pejabat Kesihatan Daerah Kulai dan Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Johor.Awang Arfian berkata, pihaknya turut merampas dua lori, sebuah kereta, sebuah jentera pengangkat elektrik jenis reach truck serta pelbagai peralatan yang dipercayai digunakan untuk memproses dan memotong makanan sejuk beku.Jelas beliau, pemeriksaan turut dilakukan terhadap 11 individu terdiri daripada tiga lelaki tempatan dan lapan warga Myanmar termasuk seorang wanita."Daripada jumlah itu, sembilan individu berusia antara 30 hingga 37 tahun ditahan membabitkan seorang lelaki tempatan dan lapan warga Myanmar."Lelaki tempatan berkenaan merupakan majikan kepada pekerja terbabit."Premis itu dipercayai memperoleh bekalan bahan mentah itu antaranya daripada China, Thailand dan Brazil selain pembekal tempatan sebelum ia diproses dan dijual kepada peniaga bukan Islam di sekitar daerah ini," katanya.Jelas beliau, kes disiasat mengikut Akta Imigresen 1959/63, Akta Makanan 1983 serta undang-undang kecil berkaitan pelesenan tred, perniagaan dan perindustrian.
Daging babi bercampur ayam sejuk beku bernilai lebih RM2.5 juta dirampas

Key takeaways
- Premis tidak mempunyai lesen perniagaan untuk menyimpan dan memproses makanan sejuk beku.
- Serbuan dilakukan berdasarkan aduan orang awam mengenai aktiviti mencurigakan.
- Daging yang dirampas terdiri daripada 42,520 kg daging babi dan 6,528 kg daging ayam.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Also reported by Berita Harian , Harian Metro , Kosmo
Story details
- Published
- By
- NOR AZURA MD AMIN
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 4 sources, oldest first.
- Harian Metro AKPS sita hampir 25 tan ayam sejuk beku
- Sinar Harian Daging babi bercampur ayam sejuk beku bernilai lebih RM2.5 juta dirampas (this story)







%2Ffile%2Fpublisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97%2F2022%2F01%2F9c33e792c1e96d0f70a1b45cb575dd90.jpg&w=480&output=webp&q=85&we)
