MELAKA – Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka kali ini bukan percubaan pertama Farzana Hayani dalam gelanggang pilihan raya apabila beliau pernah bertan­ding di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Rambai pada PRN Melaka 2021 ketika masih berusia 21 tahun.

Bezanya kali ini, Farzana Hayani yang kini berusia 26 tahun menjadi sandaran Pakatan Harapan (PH) untuk bertanding di DUN Kelebang.

Katanya, kekalahan pada percubaan pertama itu tidak mematahkan semangatnya untuk terus berada dalam arena politik, sebaliknya dijadikan pengalaman memperbaiki kelemahan dan menyusun gerak kerja dengan lebih teratur.

Malah, beliau mengakui lebih bersedia kali ini berbanding ketika pertama kali bertanding, terutama daripada segi pengurusan jadual, penyelarasan jentera dan pemahaman terhadap pengundi.